Tutup

'Rugi kalau pengundi luar tidak balik' - Muhyiddin

Adalah menjadi satu kerugian jika pengundi luar kawasan dari Parlimen Tanjung Piai tidak pulang menunaikan tanggungjawab untuk pilihan raya kecil kawasan itu pada 16 November ini. Kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sekiranya mereka tidak pulang, ada kemungkinan rakyat Tanjung Piai akan mendapat wakil rakyat yang ?salah?, dan segala permasalahan tidak dapat diselesaikan.