Rujuk Menteri Kewangan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan: Pembangkang

Blok pembangkang mendesak agar Menteri Kewangan dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana didakwa membuat kenyataan yang mengelirukan sebelum ini. Menurut Ketuanya, Datuk Seri Ismail Sabri, Lim Guang Eng sebelum ini mengelirukan Dewan Rakyat dengan kenyataan berhubung pulangan balik wang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).