Rumah Budaya jadi tumpuan pelancong

Bagi memperkenalkan keunikan budaya di Malaysia, pelakon, pengarah serta penerbit Erma Fatima menyahut cabaran sebagai peneraju Rumah Budaya "Culture House" di Malaysia. Rumah Budaya platform untuk memperkenalkan pakaian, tarian serta makanan kepada pelancong yang berkunjung di Menara Kuala Lumpur.