Tutup

Rumah dijanjikan belum nampak 'bayang', penduduk kesal

Penduduk kawasan Jinjang Selatan tambahan menyuarakan kekesalan terhadap sikap Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, yang didakwa tidak mengambil berat isu berkaitan perumahan yang membelenggu penduduk sejak tiga tahun lalu. Menurut wakil penduduk, Lim tidak pernah hadir untuk bertemu penduduk, biarpun sudah beberapa kali dimaklumkan berkenaan masalah yang dihadapi.