Rumah terbuka PM

Sejurus menunaikan solat sunat Aidil Fitri Tun Dr Mahathir ke Putrajaya sempena rumah terbuka Hari Raya Perdana Menteri. Difahamkan sejak dibuka sekitar jam 10 pagi tadi Seri Perdana dikerumuni pengunjung pelbagai lapisan kaum dan usia bagi meraikan hari mulia ini bersama barisan pemimpin Malaysia baharu. Bagi mendapatkan gambaran lanjut suasana di sana kita bersama Rahimah Abdullah.