Rumah urut pancing pelanggan guna Wechat

Taktik memancing pelanggan menggunakan aplikasi Wechat dikesan dalam sindiket pelacuran di rumah urut yang sudah beroperasi lebih setahun. Dalam serbuan Ops Noda pada Isnin, 18 tukang urut warga asing diberkas di sebuah premis kedai di Taman Sea Petaling Jaya serta dua pelanggan.