Tutup

Rundingan Air: Kerajaan Johor sedia jadi orang tengah

Kerajaan Johor bersedia membantu dan menjadi orang tengah dalam usaha Kerajaan Persekutuan yang mahu melakukan rundingan semula Perjanjian Air 1962 di antara Malaysia dan Singapura. Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal, berkata langkah Kerajaan Persekutuan mahu melakukan rundingan semula adalah langkah positif.