Rundingan masalah eksport burung walit ke China hampir selesai

Rundingan antara Malaysia dan China kini peringkat akhir dan ekspot sarang burung walit ke negara berkenaan dijangka kembali pulih tidak lama lagi. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata pengusaha walit tempatan perlu memenuhi memenuhi syarat yang ditetapkan selepas perjanjian protokol ditandatangani tahun lalu.