Rusuhan Indonesia: Tiada rakyat Malaysia terjejas

Tiada rakyat Malaysia yang terlibat atau terkesan secara langsung akibat siri rusuhan yang berlaku di sekitar Jakarta. Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta melaporkan terdapat kemungkinan demonstrasi besar-besaran berlaku dalam masa terdekat.