RUU undi 18 lulus dengan sokongan majoriti 211 ahli Parlimen

Barisan ahli-ahli Parlimen kerajaan dan blok pembangkang hari ini mencipta sejarah apabila sebulat suara memberi sokongan bagi meluluskan Rang Undang-Undang (Pindaan) 2019, di Dewan Rakyat. Seramai 211 ahli menyokong, melebihi jumlah yang diperlukan iaitu seratus 48 orang. Pengumuman dibuat Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.