Tutup

Sabah dan Sarawak pertingkat kerjasama

Kerajaan negeri Sabah dan Sarawak akan meningkatkan kerjasama untuk memajukan sektor pembangunan dan ekonomi di kedua-dua negeri berkenaan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kerjasama antara kedua-dua negeri penting bagi memastikan pembangunan dan hasil ekonomi dapat ditingkatkan untuk dimanfaatkan oleh rakyat.