Tutup

Sabah rancang sistematik pemimpin pelapis

Kerajaan Negeri akan melaksanakan 'succession plan' yang sistematik bagi menyediakan pelapis kepada pegawai jawatan strategik yang bakal bersara atau dinaikkan pangkat. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata ia bertujuan memantapkan struktur organisasi, melalui penubuhan bahagian biasiswa dan latihan dalam perkhidmatan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) yang berkuatkuasa pada 1 Januari tahun depan.