Tutup

Sabah teliti penggunaan tenaga arang batu

Kerajaan negeri Sabah akan meneliti cadangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pelaksanan projek jana kuasa arang batu bagi menyelesaikan masalah bekalan elektrik di negeri ini. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, walaubagaimanapun kajian lebih mendalam mengenai penggunaan tenaga arang itu perlu diambil kira agar tidak mendatangkan kemudaratan kepada alam sekitar.