Tutup

Sabah terima kesan tempias Taufan Melor

Sabah diramal menerima kesan tempias Taufan Melor yang membawa angin kencang dan hujan lebat serta boleh menyebabkan banjir kilat, khususnya di Kudat dan pantai barat negeri berkenaan. Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malek Tusin, berkata tempias taufan berkenaan yang kini mendekati tengah Filipina diramal memberi kesan di ketiga-tiga kawasan pada Khamis dan Jumaat ini.