Sabun serbuk pencuci tiruan dirampas

Hampir 1,500 paket sabun serbuk pencuci berjenama dirampas kerana disyaki tiruan bernilai RM6 ribu. Operasi dijalankan anggota Penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di dua premis perniagaan runcit di Kangkar Tebrau, Johor Bahru pada Rabu.