Tutup

Sah, taraf berpencen kekal terima pencen - Tun Mahatdir

Kerajaan memberi jaminan bahawa mereka yang sah dalam perkhidmatan dan mendapat taraf berpencen sebelum ini akan terus kekal menerima faedah serta kemudahan skim pencen. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata faedah persaraan yang dinikmati penjawat awam adalah dilindungi di bawah perkara 147 perlembagaan persekutuan iaitu perlindungan hak-hak pencen dan dikawal selia melalui Akta Pencen 1980 (Akta 227) serta Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239).