Tutup

Saham Utusan digantung berkuat kuasa 30 Ogos

Dagangan saham Utusan Melayu (Malaysia) Bhd akan digantung berkuat kuasa 28 Ogos dan sahamnya akan dinyah senarai pada 30 Ogos. Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada selasa syarikat itu memaklumkan ia tidak dapat memenuhi keperluan penyenaraian di pasaran utama kerana gagal mengemukakan pelan penstrukturan semula kepada Suruhanjaya Sekuriti atau Bursa Securities untuk kelulusan.