Saingan lima penjuru rebut Parlimen Sandakan

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan menyaksikan pertembungan lima penjuru selepas diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohamad Hamsan Awang Supain. PRK tersebut menyaksikan pertembungan antara calon DAP, Vivian Wong Shir Yee, calon Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Linda Tsen Thau Lin dan tiga lagi calon Bebas, Sulaiman Abdul Samat, Hamzah Abdullah dan Chia Siew Yung.