Tutup

Sakit kaki ketika berjalan, kenali 'pheripheral artery disease'

Pernahkah anda mengalami kesakitan di anggota badan bahagian kaki apabila berjalan dan perlu duduk seketika sebelum meneruskan perjalanan? Sekiranya ada, anda mungkin mengalami Peripheral Artery Disease (PAD) atau dalam bahasa mudahnya pembuluh darah tersumbat di bahagian kaki. Pada peringkat global, penyakit ini telah menyerang seramai 200 juta orang dan kebanyakannya merupakan mereka yang berusia lebih 40 tahun.