Saksi imbas semula insiden kehilangan Amri Che Mat

Beberapa hari selepas Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mendedahkan laporan hasil inkuiri awam membabitkan kehilangan paksa Amri Che Mat dan Pastor Raymond Koh, saksi awal kes berkenaan tampil memberi kenyataan. Antaranya, seorang jiran Amri yang mengimbas semula sehari selepas aktivis itu dilaporkan hilang pada November 2016.