Tutup

Saksi ke-10 mengaku lulus pinjaman perumahan RM2.12 juta

Bicara hari pertama kes rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon selesai tepat jam 3 petang selepas Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mendengar keterangan dari 11 orang saksi. Tujuh saksi memberi keterangan berhubung kes pembelian banglo di no 25, Jalan Pinhorn, George Town pada sesi pagi manakala 4 saksi termasuk pengurus wilayah utara 1, Public Bank Pulau Pinang memberi keterangan pada sesi petang.