Saksi ke-9 dipanggil semula untuk beri keterangan

Perbicaraan kes pembunuhan warga Korea Utara Kim Jong Nam masuk hari kelapan dengan memanggil semula saksi kesembilan Asisten Superitendant Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz untuk memberi keterangan. Pegawai penyiasat kanan dari IPD Sepang itu dipanggil mahkamah selepas perbicaraan semalam ditangguh kerana beliau alami keracunan makanan.