Salah faham dipercayai punca dua beradik lari dari rumah

Seorang ibu merayu dua orang anaknya yang dipercayai melarikan diri dari kediaman mereka di Taman Jujur Sikamat di Seremban pada Ahad lalu, untuk segera pulang ke pangkuan keluarga. Kedua-dua mereka dipercayai meninggalkan kediamannya selepas berlaku perselisihan faham dengan ibunya.