Salah faham punca pemandu bas Selangor cedera di muka

Polis mengesahkan kejadian tular melibatkan pemandu sebuah bas awam dengan seorang lelaki di Jalan Sulaiman, Kajang, pada Sabtu hanya salah faham. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff berkata, pihaknya ada menerima laporan polis daripada pemandu bas berusia 44 tahun tersebut pada jumaat lalu kira-kira pukul 10.13 malam.