Salleh Man enggan tunduk tekanan DAP

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Permatang Pasir, Datuk Mohd Salleh Man bertegas tidak akan melepaskan jawatannya sebagai Yang Di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). Ia kerana menurut Salleh, pelantikannya untuk jawatan itu adalah dengan perkenan Yang Di-Pertuan Agong selaku Ketua Agama Islam negeri itu.