Tutup

Salur maklumat kesalahan pengguna jalan raya menerusi WhatsApp - JPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan membuka satu ruangan khas menerusi aplikasi WhatsApp bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat atau melaporkan kesalahan pemandu di jalanraya sempena musim perayaan Aidilfitri. Menurut Pengarahnya, Mahasan Mustapa orang ramai yang ingin membuat aduan boleh menghantar gambar atau rakaman video ke nombor yang disediakan dengan memaklumkan lokasi, masa dan kesalahan yang ingin dilaporkan.