Tutup

A.Samad Said layak terima Anugerah Nobel - Johan Jaffar

Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaffar berpendapat Sasterawan Negara Datuk Seri A.Samad Said layak untuk diketengahkan sebagai pemenang Anugerah Nobel. Johan berkata Malaysia sepatutnya berusaha membawa karya-karya sasterawan negara itu ke tahap yang lebih tinggi dengan menterjemahkan ke bahasa lain hingga layak untuk dicalonkan sebagai pemenang Anugerah Nobel.