Sambutan Hari Bomba Sedunia Peringkat Kebangsaan 2019

Hari Bomba Sedunia Peringkat Kebangsaan 2019 meriah dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat untuk memberi penghargaan bagi mengenang jasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang telah berkhidmat kepada negara. Sambutan ini amat istimewa kerana Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan isteri Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan berangkat bagi merasmikan majlis tersebut. Untuk perkembangan lanjut kita bersama wartawan Afiezy Azaman di lokasi.