Sambutan World Quran Hour di Sarawak

Lebih 400 umat Islam Sarawak tidak melepaskan peluang menyertai program World Quran Hour yang berlangsung di Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuching pada Khamis lalu. Pengerusi World Quran Hour Sarawak, Alina Abdul Razak berkata program yang dianjurkan kali kedua ini bertujuan mengajak dan memupuk semula budaya membaca Al-Quran.