Sampah plastik dibawa ke Perak untuk kitar semula tidak berbahaya

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak memberi jaminan bahawa sampah plastik yang dibawa masuk ke negeri itu untuk dikitar semula sebagai bahan bakar alternatif adalah selamat. Pengarahnya Norazizi Adinan berkata berdasarkan pemantauan, sampah-sampah tersebut yang diperoleh daripada pembekal tempatan seluruh negara, tidak mengandungi toksik atau berbahaya.