Tutup

Sampel DNA waris jemaah hilang diserah

Sampel DNA waris dua jemaah haji Malaysia yang masih hilang selepas tragedi kren tumbang di Masjidilharam pada 11 September lepas, telah diserahkan kepada pihak berkuasa Arab Saudi untuk proses pengecaman jenazah di rumah mayat Muaissem di Mina. Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata proses padanan DNA jenazah di rumah mayat itu akan mengambil masa antara dua hingga tiga minggu di mana para waris akan berada di sana sehingga proses berkenaan selesai.