Samun dan jual hasil samun secara atas talian

Meragut dan samun, kemudian menjual hasil samun secara atas talian di laman Facebook. Itu taktik yang digunakan sekumpulan peragut yang aktif melakukan kegiatan samun dan ragut dengan menyasarkan wanita warga emas di Pulau Pinang, Kedah dan Perak.