#SandakanMemilih: Kewangan, kelulusan permit cabaran buat calon Bebas

Berbaki kurang seminggu sebelum lebih 40,000 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan, calon-calon Bebas pada PRK ini terus berdepan cabaran. Bukan sahaja kekurangan sumber kewangan bagi menggerakkan jentera turun berkempen, mereka juga berdepan isu pemilikan permit.