Sarawak buka pejabat perdagangan di Pontianak

Sarawak bakal membuka sebuah pejabat perdagangan di Pontianak, Indonesia bagi memudahkan urusan perdagangan di antara kedua-dua negara, terutama dalam sektor pertanian dan pelancongan. Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abang Johari Tun Openg berkata, pembukaan pejabat ini merupakan yang ketiga bagi negeri itu di luar negara, selepas Singapura dan Brunei Darussalam.