Sarawak komited laksana pemulihan dusun durian

Kerajaan negeri Sarawak memperuntukan sebanyak RM7 juta bagi pelaksanaan program perintis pemulihan dusun durian berjumlah 20,000 pokok di beberapa kawasan di negeri ini. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Douglas Uggah Embas berkata program itu akan dilaksanakan membabitkan kerjasama antara Jabatan Pertanian Sarawak dan Top Fruits (Sarawak) Sdn Bhd.