Tutup

SARES bawa perubahan besar buat masyarakat luar bandar

Skim Pembekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES) yang telah siap dibangunkan kerajaan negeri Sarawak bawa 'sinar' buat penduduk luar bandar. SARES adalah merupakan projek sistem jana kuasa yang membawa bekalan elektrik 24 jam dan dilaksanakan dibawah peruntukan khas Pelan Induk Elektrik Luar Bandar Sarawak.