Satu kehilangan besar dalam arena sukan

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah merupakan satu kehilangan besar buat arena sukan negara terutama dalam sukan bola sepak. Almarhum merupakan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang paling lama memegang jawatan tersebut iaitu selama 30 tahun.