Saudara Serumpun Bersama Suhaimi Sulaiman (Episod 2)

Minggu ini Suhaimi bercerita mengenai politik, batik, seni persembahan dan strategi sesebuah negara. Amir Fareed Rahim memberikan pandangan mengenai bagaimana Indonesia memilih pemimpin menjelang Pilpres 2019. Apa hebatnya Probowo, apa bagusnya Jokowi? Kita cuba berbincang mengenai industri batik ke peringkat global. Kita selidik juga bagaimana Singapura menarik cerdik pandai seluruh dunia untuk bekerja di sana dan primadona Puan Sri Tiara Jacquelina berkongsikan pendapatnya mengenai seni persembahan di Malaysia dan peluang ekonomi yang boleh diraih.