Saudi Aramco komited pelaburan di Pengerang

Saudi Aramco komited membantu meningkatkan tahap ekonomi di kawasan Pengerang, Kota Tinggi Johor melalui pelaburannya di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC). Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Aramco, Amin Nasser lebih banyak kerjasama dengan Petronas akan berlaku pada masa akan datang.