"Saya bantu siasatan, bukan disiasat" - KSU MOTAC

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Isham Ishak mengesahkan beliau dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua hari berturut-turut. Bagaimanapun tegasnya, beliau dipanggil memberi keterangan untuk membantu siasatan sprm, dan bukan siasatan terhadap dirinya.