Saya diserang kerana tegur isu 1MDB

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Mohamed Khaled Nordin mendedahkan beliau pernah diserang dan dijadikan sasaran "orang-orang" bekas Presiden UMNO ketika cuba menegur berhubung skandal 1MDB. Mohamed Khaled yang merupakan calon Naib Presiden UMNO berkata "orang-orang" itu termasuklah yang ada dalam bahagian Pasir Gudang.