Saya mengenalinya dari jauh sebagai ahli parti, Haziq diperalatkan - Azmin

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali hari ini menjelaskan beliau mengenali dari jauh Muhammad Haziq Abdullah Aziz individu yang mengaitkan dirinya dengan video intim sejak semalam. Datuk Seri Azmin Ali berkata demikian di sidang media sempena Majlis Jalinan Aidilfitri anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).