Saya nafi suara itu lebih setahun kerana parti - Nik Abduh

Tindakan Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamed Abduh Nik Abdul Aziz menafikan suaranya dalam rakaman audio lebih setahun lalu bertujuan menjaga kepentingan parti dan pimpinan. Malah katanya, tindakan beliau menafikan itu direstui Pimpinan Tertinggi Pas pada ketika itu, yang sudah mengetahui kedudukan sebenar.