Sebanyak "bala tentera" dilepaskan lawan Aedes

Dalam usaha membanteras wabak denggi secara habis-habisan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melepaskan "bala tentera" Aedes yang disuntik bakteria wolbachia bagi menentang musuhnya. Operasi melepaskan telur nyamuk tersebut dilakukan di 11 lokaliti di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.