Tutup

Sebuah kelas SMK Taman Keramat terbakar

Sebuah kelas di tingkat satu bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Keramat hangus dalam kejadian kebakaran malam Sabtu. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata,Pusat Gerakan Operasi Negeri Selangor menerima panggilan memaklumkan kejadian pada jam 8.15 malam.