Tutup

Sebutan semula kes SUV terhumban ke laut 3 Mei depan

Kes seorang bekas pekerja salon yang dituduh menyebabkan kematian seorang pelajar kolej selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandunya terhumban ke laut dari jambatan Pulau Pinang Januari lepas akan disebut semula di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam 3 Mei depan. Majistret Jamaliah Abd Manap menetapkan tarikh berkenaan selepas mendapat permohonan Timbalan Pendakwaraya Nur Afiqah Zakaria ketika sebutan semula kes hari ini.