Tutup

Sederhana tapi meriah sambutan Kemerdekaan

Kira-kira 10,000 ribu pengunjung dari seluruh Pulau Pinang membanjiri sekitar Dataran Pemuda Merdeka di Jalan Haji Ahmad Said, Butterworth bagi menyaksikan Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan ke 62 Peringkat Negeri Pulau Pinang hari ini. Dengan bertemakan 'Sayangi Malaysiaku- Malaysia Bersih' seramai 113 kontinjen membabitkan 6500 peserta terdiri daripada 99 kontinjen berjalan kaki dan 14 kenderaan menyertai perarakan membabitkan kakitangan kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), sekolah dan pihak swasta.