Tutup

Sedia kawasan khas berdekatan Terowong Menora

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Syarikat Konsesi Projek Leburaya Utara Selatan (PLUS) diminta mempertimbangkan ciri keselamatan di sepanjang laluan berdekatan Terowong Menora. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry berkata langkah itu perlu kerana kawasan sekitar Terowong Menora merupakan kawasan berisiko tinggi yang banyak merekodkan tragedi kemalangan maut.