Tutup

Segerakan laporan pencemaran Sungai Segaliud

Penduduk kampung merayu kepada Jabatan Alam Sekitar Sabah mempercepatkan laporan siasatan berhubung kejadian pencemaran di Sungai Segaliud, Sandakan, Sabah. Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Segaliud, John Until berkata, sejak kejadian pada 26 September lalu, nelayan kampung sering bertanya perkembangan siasatan terbabit.