Sejadah bercorak seni kontemporari

Sejadah yang lazimnya digunakan umum mempunyai seni dan corak yang hampir sama, di Malaysia maupun di negara lain serata dunia. Bertitik tolak dari situ, pengasas sejadah Qenza, Tasha Jalani, melakukan perubahan ke atas kelaziman itu dengan menghasilkan sejadah bercorak kontemporari berilhamkan ayat-ayat suci Al-Quran.